12 Senator baharu angkat sumpah - Utusan Malaysia

12 Senator baharu angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 orang Senator baharu mengangkat sumpah di Dewan Negara hari ini di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A Vigneswaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelantik itu menjadikan ahli Dewan Negara bertambah menjadi 67 Senator dengan tiga lagi kerusi masih kosong.

12 Senator baharu itu terdiri daripada 11 orang wakil Pakatan Harapan (PH) dan seorang daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dengan menyaksikan DAP dan PKR mendapat kerusi terbanyak dengan empat jawatan Senator bagi setiap parti. 

Mereka adalah Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying, Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Perak, Nga Hock Cheh, Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling dan Pengarah Pendidikan DAP Sabah, Adrian Banie Lasimbang manakala daripada PKR adalah bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya PKR, Ismail Yusof, Ketua Cabang PKR Bera, Monalan Mohamad dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd. Hamid.

Sementara itu, Husam Musa dan AJK AMANAH Pusat, Raj Munni Sabu dilantik atas lantikan Yang di-Pertuan Agong dan Ketua BERSATU Bahagian Gelang Patah, Nasir Hashim menjadi wakil tunggal mewakili parti itu.

Turut dilantik ke jawatan Senator ialah pengerusi WARISAN dari Sabah, Theodore Douglas Lind.

Walaupun dengan pelantikan ini, PH masih belum menguasai majoriti Dewan Negara. Ketika ini  terdapat 32 Senator yang mewakili BN dan tiga Senator Pas daripada 55 Senator di Dewan Negara. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini