118 tahanan SOSMA di penjara Sungai Buloh tamatkan mogok lapar - Utusan Malaysia

118 tahanan SOSMA di penjara Sungai Buloh tamatkan mogok lapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH 26 Ogos – Seramai 118 tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) di Penjara Sungai Buloh bersetuju menghentikan mogok lapar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata persetujuan itu diperoleh selepas beliau mengadakan pertemuan dengan wakil tahanan lebih dua jam.

“Mereka (tahanan) bersetuju untuk tamatkan mogok lapar dan mula minum serta makan. Tahap kesihatan mereka juga berada di tahap terbaik,” katanya kepada pemberita di Penjara Sungai Buloh di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bertemu ahli keluarga tahanan yang berkumpul di hadapan penjara sejak pukul 11 pagi selepas tahanan Sosma memulakan mogok lapar sejak malam semalam bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta itu.

Mohamed Hanipa turut meminta ahli keluarga tahanan Sosma yang berkumpul di hadapan penjara untuk bersurai.

“Tiada apa yang perlu mereka risaukan kerana tahanan telah berhenti mogok lapar, pihak penjara akan menjaga mereka dengan baik,” katanya.

Semalam, Peguam Negara, Tommy Thomas dilaporkan berkata Sosma akan dimansuhkan seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). — BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×