1,112 PATI ditahan di Sarawak setakat ini - Utusan Malaysia

1,112 PATI ditahan di Sarawak setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETRA JAYA 22 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak telah menahan 1,112 pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negeri setakat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Pengarahnya, Ken Leben, tangkapan tersebut dalam pelbagai sektor di negeri ini sejak 1 Januari lalu.

“Terdapat empat kategori PATI yang ditahan iaitu warga asing yang bekerja menggunakan pas sosial, pas yang telah luput, kerja ditempat berlainan daripada dimaklumkan dan tiada sebarang permit berkaitan.

“Operasi sebegini akan dijalankan secara berterusan dan diharap orang ramai terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jika mengetahui terdapat PATI di tempat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Qurban sempena Hari Raya Aidiladha 2018 di Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, hari ini.

Sementara itu, Ken memberitahu, majlis qurban itu dijalankan setiap tahun dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bagi mendekati masyarakat.

Katanya, pihak imigresen bukan hanya setakat membuat kerja berkaitan soal imigresen malah mendekati masyarakat sekitar dalam meraikan perayaan bersama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN