1,000 pemancing sertai JPKL - Utusan Malaysia

1,000 pemancing sertai JPKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEMBIRA. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus menganjurkan Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) sebagai usaha pihaknya menarik minat orang ramai beriadah bersama keluarga di taman-taman awam di ibu kota.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, pihaknya berpuas hati dengan sambutan orang ramai terhadap JPKL 5/2018 yang berlangsung di Taman Tasik Metropolitan Batu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, kejayaan seorang kaki pancing, Azlan Ahmad yang berjaya menangkap dan menaikkan ikan spesies patin seberat 5.795 kilogram berjaya menobatkan beliau sebagai juara keseluruhan.

Azlan yang menewaskan lebih 1,000 peserta lain membawa pulang wang tunai RM5,000 serta barang iringan Oyoshi Green Tea, Blow, Sardin Viral dan Igloo-UFL.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN