100 buah rumah musnah terbakar - Utusan Malaysia

100 buah rumah musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA 1 Ogos – Kira-kira 100 buah rumah setinggan melibatkan dua kawasan perkampungan atas air musnah dalam kejadian kebakaran, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, dua kampung terbabit adalah Kampung Air Hujung dan Kampung Air Tengah di daerah ini, didirikan dalam keluasan lebih 0.405 hektar.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.58 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama 48 orang pegawai dan anggota serta sembilan buah jentera termasuk jentera pemadam api.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi kali ini melibatkan pasukan bomba dari tiga balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Kunak, Semporna dan Tawau selain agensi penguat kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Air dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain pada pukul 9.14 malam tadi,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, operasi pemadaman dan proses mengesan lokasi berbahaya masih dijalankan dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×