DAR ES SALAM 22 Ogos – 100 buah keluarga menerima sumbangan daging korban yang diagihkan di pusat penempatan di Princess Gate School, Kunduchi di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Setiap keluarga diwakili seorang ketua penduduk menerima satu daripada empat bahagian lembu sebelum diagihkan kepada bahagian kecil selepas selesai proses penyembelihan di pusat penyembelihan Tegeta.
Terdahulu sebanyak 50 ekor lembu korban telah disembelih atas amanah yang diberikan rakyat Malaysia melalui EZ Qurban di negara Tanzania ini.
Penyerahan dilakukan bermula jam 3 petang oleh Eksekutif Operasi EZ Qurban, Amir Zahari dan Mohamad Asyraf.
Pasukan sukarelawan kembara ibadah korban ini akan meneruskan misi seterusnya di negara Kenya bermula esok. – UTUSAN ONLINE











