10 lembu, 7 kambing disembelih di Masjid Al-Azim - Utusan Malaysia

10 lembu, 7 kambing disembelih di Masjid Al-Azim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 Ogos – Sebanyak 10 ekor lembu dan tujuh kambing dikorbankan di pekarangan Masjid Al-Azim, Bandar Baru Permas Jaya, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program berkenaan dijayakan oleh 80 petugas yang terdiri daripada ahli kariah masjid tersebut termasuk golongan wanita yang bergotong-royong membantu melaksanakan kerja-kerja rewang.

Penyembelihan bermula selepas solat sunat Aidiladha bermula kira-kira pukul 10 pagi.

Tinjauan Utusan Online mendapati kerja-kerja melapah, memotong dan menimbang daging berjalan lancar dan orang ramai mula mendapatkan daging korban kira-kira pukul 12 tengah hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN