KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memulakan tugas secara rasmi sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara pada 30 Jun lepas. Beliau yang lengkap mengenakan busana kegemaran baju kurung rona biru gelap dan rantai mutiara, tiba di ibu pejabat PNB di sini pada pukul 2.55 petang. Sambil melontarkan senyuman, Zeti sempat…










