Zahid tawar KJ, Ku Li jawatan - Utusan Malaysia

Zahid tawar KJ, Ku Li jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden baharu UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhasrat mewujudkan jawatan baharu buat dua pesaingnya yang tewas pada Pemilihan UMNO 2018 kelmarin bagi membantu mencorakkan pembaharuan dalam parti Melayu tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau melihat peranan yang boleh dimainkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meskipun mereka tidak memenangi jawatan itu.

Bagaimanapun, Zahid tidak mendedahkan jawatan yang ditawarkan beliau kepada Khairy dan Ku Li itu.

“Janji saya mahu membawa mereka dan memberi tanggungjawab untuk bersama-sama UMNO bagi mengorak langkah menuju pembaharuan seperti dilontarkan ketiga-tiga calon presiden.

“Jawatan-jawatan tersebut akan dibuat rundingan terlebih dahulu dan bakal dikemukakan kepada Majlis Tertinggi selepas rundingan dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar pertama sebagai Presiden UMNO di Menara Dato’ Onn di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×