KUALA LUMPUR – Pemilihan UMNO 2018 mencatat sejarah apabila Pemangku Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, diumumkan sebagai Presiden parti yang kelapan bagi tempoh 2018-2021 dengan mengalahkan empat lagi calon lain.
Setakat pukul 9.40 malam tadi, Zahid, 65, yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri memperoleh 91 undi berbanding dua lagi pesaing iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, 42 dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, 81, yang masing-masing memperoleh 72 dan 28 undi.
Tengku Razaleigh bertanding buat kali kedua untuk menjadi Presiden UMNO selepas cubaan pertama beliau digagalkan oleh kelebihan 43 undi yang memihak kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Zahid menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan jawatan sebagai Presiden parti berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.











