PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa kira-kira lapan jam untuk merekodkan keterangan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini semalam. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pegawai penyiasat kes tersebut mengambil keterangannya bermula pukul 10 pagi hingga 5.30 petang untuk melengkapkan siasatan pasukan itu. “Saya baru selesai memberi keterangan berhubung isu 1MDB. Saya ucapkan terima kasih kepada pegawai penyiasat kerana berikan saya ruang secukupnya untuk membuat penjelasan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya