Waris mangsa bunuh warga asing diminta tampil - Utusan Malaysia

Waris mangsa bunuh warga asing diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 2 Julai – Polis meminta waris atau sesiapa yang mengenali seorang lelaki warga asing yang dipercayai telah dibunuh di kebun kelapa sawit di Batu 7, Sijangkang pada 20 Jun lalu tampil untuk menuntut mayat mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, mayat mangsa yang ditemukan hasil maklumat orang awam sehingga kini masih tidak diketahui identitinya atau dituntut.

Menurutnya, sebab itu pihak polis meminta waris atau sesiapa yang mengenali mangsa untuk tampil bagi memudahkan proses pengebumian.

“Mangsa yang berumur 30-an ialah warga asing kerana tiada kesan suntikan BCG dan dipercayai dibunuh dengan dihentak menggunakan batu di lokasi kejadian.

“Mangsa berambut kuning dan memiliki tatu dilengannya dengan tertulis perkataan andi. Mangsa memakai baju warna kelabu bertulisan suprime, seluar jeans biru dan berselipar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Azizan berkata, waris atau mereka yang mengenal mangsa boleh menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Langat, Asisten Superintende Damie Jamilin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN