Warga emas menang BMW 318i - Utusan Malaysia

Warga emas menang BMW 318i

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Seorang warga emas terkejut apabila simpanan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) sejak 18 tahun lalu memboleh­kannya membawa pulang sebuah kereta mewah jenis BMW 318i Luxury bernilai lebih RM200,000.

Warga emas berkenaan, Hassan Mohamed, 79, dari Kampung Su­ngai Kepong, Lanchang di sini di­umumkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan bulan Mei SSP BSN Temerloh baru-baru ini.

Hassan berkata, dia sangat terkejut apabila namanya terpilih sebagai pemenang hadiah utama malah bapa kepada 10 anak itu tidak pernah terfikir untuk memiliki kereta mewah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya hanya pernah menang ha­diah sampingan melalui SSP tahun 2000 dan ini satu kejutan.

“Saya anggap ia rezeki bulan Syawal daripada Allah untuk kami sekeluarga,” katanya selepas majlis penyerahan replika kunci disampaikan Pengarah BSN Pahang, Albhar Mohd. Tahar di pekarangan BSN Temerloh di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×