KUALA SELANGOR 23 Julai – Seorang warga emas ditemukan mati dipercayai lemas di Empangan Kampung Hang Tuah, Loji Sungai Darah, Bestari Jaya di sini petang semalam. Mangsa, 61, yang merupakan bekas pekerja loji berkenaan ditemukan orang ramai sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Alhafiz Asmuni berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.02 petang. Katanya sepasukan lapan…










