KUALA LUMPUR 20 Julai – Pergerakan Wanita UMNO mengumumkan pelantikan Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari, Ketua Penerangan dan lima orang Ahli Jawatankuasa Lantikan Wanita serta Ketua dan Naib Ketua Wanita peringkat negeri. Menurut kenyataan, pelantikan itu dibuat oleh Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad selaras dengan Fasal 5.5 dan 11.3 Peraturan Pergerakan Wanita UMNO dalam Perlembagaan UMNO. “Barisan kepimpinan Pergerakan Wanita komited untuk bergerak bersama kepimpinan tertinggi dan Perhubungan UMNO Negeri dalam meneruskan usaha membawa pembaharuan dan perubahan yang diperlukan untuk UMNO kembali menjadi kepercayaan rakyat,” kata kenyataan itu, hari ini. Kenyataan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya