VSP di Selangor terima 120,000 penyertaan - Utusan Malaysia

VSP di Selangor terima 120,000 penyertaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 1 Julai – Aplikasi Sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP) mendapat sambutan menggalakkan di Selangor dengan merekodkan seramai 120,000 penyertaan daripada orang ramai sejak ia dilancarkan pada Mac tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, Datuk K. Kumaran berkata, jumlah tersebut jauh melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Polis Selangor iaitu 70,000 penyertaan.

“Sambutan masyarakat ke atas aplikasi itu amat menggalakkan kerana mereka mahu membantu polis membanteras kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Berdasarkan rekod, sebanyak 5,000 aduan dan maklumat daripada orang ramai telah diterima menerusi VSP setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Sehari Bersama Masyarakat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintenden Rahmat Ariffin dan Guru Besar sekolah berkenaan, Hamidi Shariff. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN