PUTRAJAYA 5 Julai – Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz dipanggil memberikan keterangan buat kali ketiga untuk membantu melengkapkan siasatan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah merekodkan keterangan lelaki itu pada kelmarin dan semalam dengan masing-masing mengambil masa sembilan dan enam jam. Terdahulu, Riza, 48, yang memakaikan sut gelap tiba di ibu pejabat SPRM…










