MELAKA 2 Julai – Sebuah restoran asam pedas di Taman Kota Laksamana di sini yang menjadi tumpuan pengunjung diarah tutup serta merta selama 14 hari bermula semalam selepas tular dalam laman sosial kerana terdapat ulat dalam makanan yang disajikan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong berkata, arahan itu dibuat Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah selepas membuat pemeriksaan lanjut ke atas premis berkenaan semalam. “Berikutan video yang…










