KUALA LUMPUR 4 Julai – Setelah beberapa tahun dikaitkan dengan skandal berkaitan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn. Bhd. (SRC) berjumlah RM42 juta. Bekas Perdana Menteri yang berdiri di kandang tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah serta minta dibicarakan sejurus selepas setiap…










