[VIDEO] Najib meninggalkan pekarangan mahkamah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Najib meninggalkan pekarangan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.

Beliau yang diiringi lebih 50 anggota polis dilihat melemparkan senyuman dan melambai kepada wakil media dan penyokong-penyokongnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kira-kira 100 orang penyokong Najib turut melaungkan “Hidup Najib” sebagai tanda sokongan kepada bekas Presiden UMNO itu.

Najib meninggalkan Kompleks Mahkamah kira-kira pukul 3.30 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Vellfire.

Terdahulu, Najib bebas dengan ikat jamin RM1 juta berserta dua penjamin serta pasport biasa dan pasport diplomatik beliau diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Najib sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu membabitkan RM42 juta.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN