[VIDEO] Isu kewarganegaraan: Pastikan tidak ada pihak ambil kesempatan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Isu kewarganegaraan: Pastikan tidak ada pihak ambil kesempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu kerajaan berhati-hati menangani isu kelewatan dalam memberikan taraf kewarganegaraan kepada kelompok tertentu bagi mengelak diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Memuatkan artikel berkaitan…
SIRAJUDDIN SALLEH
SIRAJUDDIN SALLEH

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh berkata, setiap permohonan perlu diteliti dengan mendalam bagi memastikan setiap kes yang diajukan adalah asli.

“KDN (Kementerian Dalam Negeri) perlu memperhalusi sama ada setiap pengadu yang muncul benar-benar berasal dari Malaysia.

“Laporan media sebelum ini juga pernah menyebut tentang terdapat warga asing yang masuk secara sah ke Malaysia, namun tidak mempunyai rekod keluar dari negara ini,” katanya kepada Utusan Online hari ini.


Video THE STAR

Beliau diminta mengulas proses taklimat khas berkaitan isu kewarganegaraan yang dianjurkan DAP dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kepong semalam yang mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Untuk rekod, akhbar sebelum ini pernah melaporkan pada tahun 2004, lebih 250,000 pelancong dari India dan China ‘menghilangkan diri’ apabila rekod menunjukkan mereka tidak keluar dari negara ini walaupun sudah tamat tempoh lawatan.

Rekod pada 2003 pula menunjukkan hanya 315,000 daripada 500,000 pelancong China yang pulang kembali ke negara asal.

Sirajuddin berkata, video sesi taklimat tersebut memberi gambaran seolah-olah isu tersebut hanya membelenggu satu kaum sahaja, sedangkan isu yang sama turut membelenggu kaum-kaum lain di negara ini.

“Saya berharap pihak berkuasa ambil serius perkara ini dan jangan beri peluang kepada mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan,” tambahnya.

Sirajuddin turut mencadangkan agar pihak JPN mengadakan pendaftaran semula individu yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan yang sah supaya skala sebenar isu ini dapat dirungkai.

“Mungkin pihak JPN boleh pergi ke serata ceruk negara seperti di kawasan pedalaman Perak, Kelantan, dan juga Sabah dan Sarawak,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN