PASIR PUTEH 1 Julai – Jabatan Imigresen Kelantan hari ini menahan 106 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi yang dijalankan di tiga pangkalan persendirian di Tok Bali, di sini. Timbalan Pengarah Imigresen negeri (Kawalan), Siti Khadijah Hamzah yang mengetuai operasi itu berkata, kebanyakan PATI yang ditahan merupakan warganegara Vietnam atas pelbagai kesalahan. “Kita dapati mereka telah melakukan kesalahan tinggal lebih masa, tiada dokumen perjalanan sah dan gagal melaporkan kemasukan ke negara ini kepada pihak Imigresen. “Seramai 226 PATI dari pelbagai negara seperti Thailand, Kemboja, Myanmar dan Vietnam telah diperiksa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya