KOTA BHARU 19 Julai – Histeria yang menyerang 46 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh semalam telah berjangkit kepada keluarga salah seorang mangsa terbabit. Ibu dan kakak salah seorang mangsa tersebut meraung serta menangis secara tiba-tiba di rumah mereka di Kampung Pasir, di sini malam tadi. Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa itu berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku apabila kakaknya secara tiba-tiba menangis dan menjerit dengan…










