KUALA LUMPUR 13 Julai – Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menafikan khabar angin dan berita yang tidak disahkan di media sosial bahawa stadium bagi perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 19 Tahun (B-19) AFF antara Malaysia dengan Myanmar esok akan ditukar. AFF di dalam laman sesawang www.aseanfootball.org, menegaskan perlawanan akhir itu tetap akan berlangsung di Stadium Delta Sidoarjo, Surabaya pada pukul 8 malam waktu Malaysia, biarpun perlawanan separuh akhir antara Malaysia dengan Indonesia di stadium sama semalam dicemari dengan kekecohan yang dilakukan oleh sesetengah penyokong tempatan. AFF juga berkata perlawanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya