IPOH 11 Julai – Pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menafikan berita tular yang mendakwa beliau meminta siasatan dilakukan terhadap lebih 100 pemilik akaun laman sosial yang didakwa menggunakan namanya. Penafian itu dibuat oleh pengendali laman sosial Facebook milik pengasas dan pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu dalam kemas kini terbaharunya di laman tersebut. “Ini adalah maklumat palsu,” tulis pengendali laman sosial Facebook milik Mohd. Kazim. Menerusi berita yang tular di laman sosial, Mohd. Kazim dikatakan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya