KUALA LUMPUR 4 Julai – Usia belia akan dinilai semula bagi memastikan hanya golongan muda yang membarisi kepemimpinan organisasi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia.
![]() |
|
SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
|
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, langkah tersebut agak sukar kerana kepemimpinan sebelum ini pernah cuba untuk melaksanakannya tetapi gagal kerana terdapat tentangan daripada pelbagai pihak.
“Saya masih ingat Khairy Jamaluddin pernah ingin menurunkan usia belia 40 tahun kepada 30 tahun, tetapi ada tentangan yang cukup kuat daripada kumpulan belia kerana mereka mempunyai pertindihan kepentingan termasuk mendapat peruntukan cukup besar, selain tidak mahu melepaskan jawatan walaupun telah melangkaui usia belia.
“Jadi saya ingin memastikan bahawa belia itu usianya adalah belia jadi perlu ada perbincangan yang mendalam supaya dapat membuat rombakan dan tindakan susulan serta pindaan dengan akta sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini. . – UTUSAN ONLINE











