Universiti wanita Jepun terima pelajar mak nyah - Utusan Malaysia

Universiti wanita Jepun terima pelajar mak nyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Sebuah universiti wanita Jepun menyatakan semalam bahawa pihaknya akan menerima kemasukan pelajar transgender lelaki atau mak nyah, langkah yang jarang dibuat di negara berkenaan.

Menurut seorang pegawai di kementerian pendidikan, langkah pihak pengurusan Universiti Ochanomizu di Tokyo itu adalah di luar jangkaan, namun beliau tidak dapat mengesahkan sama ada ia adalah keputusan pertama seumpamanya di Jepun.

Beliau bagaimanapun memuji keputusan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adalah diharapkan supaya universiti-universiti mengambil langkah ke arah memahami keperluan komuniti minoriti seksual ini. Namun keputusan sedemikian bergantung kepada setiap universiti,” katanya.

Seorang jurucakap Universiti Ochanomizu berkata, dasar itu akan berkuat kuasa pada tahun fiskal 2020 melibatkan pelajar mak nyah.

Universiti Ochanomizu merupakan institusi pendidikan tinggi pertama untuk wanita Jepun dan dibuka pada tahun 1875. Banyak universiti swasta tempatan lain dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah tersebut sebagai menurut jejak institusi pendidikan di Amerika Syarikat. – AFP

GAMBAR fail pada 2011 menunjukkan pelajar wanita Universiti Ochanomizu menari dalam satu festival tempatan di Universiti Tokyo, Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN