UniSZA memeterai perjanjian dengan IKH - Utusan Malaysia

UniSZA memeterai perjanjian dengan IKH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 2 Julai – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Institut Kesihatan Helvetia (IKH) Medan bagi memberi peluang kepada kakitangan IKH melanjutkan pengajian di UniSZA bermula September ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, langkah tersebut merupakan salah satu bentuk kerjasama dengan institusi dari negara jiran itu yang terarah kepada bidang kesihatan dan perubatan.

“Perjanjian ini antara lain memberi peluang kepada kakitangan akademik IKH melanjutkan pengajian mereka dengan mendaftar dalam program pascasiswazah yang ditawarkan UniSZA.

“Ini sekali gus meningkatkan jalinan kerjasama kedua-dua universiti dalam aspek penyeliaan pelajar dan penyelidikan,” ujarnya kepada pemberita selepas majlis memeterai MoA itu di kampus UniSZA, Gong Badak di sini.

Dalam majlis itu, Dr.Ahmad Zubaidi mewakili UniSZA manakala IKH diwakili Rektor IKH, Dr. H. Ismail Efendi.

Yang turut hadir, Dekan Fakulti Perubatan UniSZA, Prof. Dr. Nordin Simbak dan Koordinator Kopertis Wilayah Sumatera, Prof. Dian Armanto.

Menurut Dr. Ahmad Zubaidi, IKH bersetuju untuk menghantar beberapa staf akademiknya mengikuti pengajian dalam bidang Sarjana Sains (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) di UniSZA berdasarkan kepada terma dan syarat perjanjian.

Sementara itu, Dr. H. Ismail berkata, buat permulaan seramai 17 orang kakitangan akademik IKH akan mengikuti pengajian peringkat PhD yang ditawarkan UniSZA. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN