MEMASUKI pusingan kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Barisan Nasional (BN) yang menampilkan Datuk Lokman Noor Adam sebagai calon, kekal dianggap sebagai underdog. PKR menerusi calonnya, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni pula dianggap pilihan memenangi kerusi yang telah dikuasai parti itu sejak 2008, apatah lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu mereka menang dengan majoriti besar. Namun, memasuki pusingan kedua ini, semakin banyak isu…










