KUALA LUMPUR 18 Julai – UMNO sedia bekerjasama dengan mana-mana parti termasuklah Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang merupakan minoriti dalam Pakatan Harapan, mengikut kes-kes tertentu demi kepentingan negara dan keadaan semasa. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerjasama bersama Pas mungkin boleh disaksikan semasa penolakan kaedah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat kelmarin serta dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Sungai Kandis yang akan diadakan pada 4 Ogos ini. “Kita kerjasama mengikut kes. Dalam landskap politik hari ini, ada perkara kita bersetuju bersama dan ada yang tidak.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya