UMNO perlu buang cara lama - Utusan Malaysia

UMNO perlu buang cara lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – UMNO perlu bertindak segera membuang cara lama dan memperbaiki corak berorganisasi parti itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara itu ditekankan oleh bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mengingatkan barisan kepemimpinan baharu perlu kembali ke medan perjuangan.

Beliau turut menggesa kepemimpinan parti agar mula ‘menyerang’ dan bukannya berada dalam mod bertahan dengan menganggap seolah-olah mereka masih lagi menteri atau menteri besar.

“Kembali ke medan juang, bukannya berpusat di ibu negara dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Segera bantu dan perkasa bahagian kerana di situ kawasan pilihan raya, bantu selesaikan masalah, di situ lukanya, di situlah rawatannya.

“Jangan kekalkan cara lama, panglima besar semua kena turun ke medan, jangan cuba korportakan UMNO dengan lagak Ketua Pegawai Operasi (COO) atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Kita gerakkan politik pembangkang, bertindak sebagai satu pasukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada pemilihan parti Sabtu lalu, Annuar yang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO tewas kepada pesaingnya, Datuk Seri Mohamad Hasan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN