UMNO masih tidak mahu berubah - Utusan Malaysia

UMNO masih tidak mahu berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 2 Julai – Pemilihan UMNO yang menyaksikan kebanyakkan muka lama sama ada bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi mahupun Ketua Bahagian menunjukkan parti itu masih tidak mahu berubah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Rusdi Omar berkata, sepatutnya pemilihan tersebut menjadi platform terbaik kepada para perwakilan melakukan tranformasi di dalam parti namun keadaan sebaliknya berlaku.

Katanya, melihat kepada situasi tersebut agak sukar untuk UMNO atau Barisan Nasional (BN) menandingi Pakatan Harapan yang menampilkan pemimpin-pemimpin berkaliber termasuk dalam kalangan orang muda.

“Saya melihat majoriti pemimpin lama, tidak banyak muka baharu dan orang muda seolah-olah seperti tiada perubahan. Saya lihat parti UMNO ini masih tidak mahu perubahan dan lebih selesa dalam keadaan asal.

“Dalam masa sama, kebanyakkan pemimpin yang terpilih itu juga dilihat rapat dan berkait dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya bimbang situasi itu akan memberi kesan kepada UMNO,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pemilihan parti yang berlangsung Sabtu lalu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden dengan 99 undi, manakala, Khairy Jamaluddin memperoleh 61 undi manakala Tengku Razaleigh Hamzah mendapat 30 undi.

Dalam pada itu, Rusdi berpandangan, mentaliti feudal masih sebati di dalam pemilihan UMNO kali ini sehingga para perwakilan tidak berani untuk melakukan perubahan.

“Mereka melihat pengaruh wang masih penting daripada usaha untuk melakukan perubahan. Mungkin mereka melihat kalau Datuk Seri Zahid di atas (Presiden) mereka boleh meneruskan kesinambungan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN