KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemilihan terbuka adalah satu proses demokrasi yang bersejarah dan keinginan untuk bingkas segera menjadi parti yang relevan dalam arena politik tanah air. Beliau berkata, pemilihan ini merupakan proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli dan parti tersebut berjaya melakukannya bagi setiap peringkat jawatan, yang menyaksikan jawatan tertinggi parti dipertandingkan selepas kali terakhir pada tahun 1987. Ahmad Zahid, yang sebelum…










