ANKARA – Pihak berkuasa Turki mengarahkan pemecatan lebih 18,500 kakitangan kerajaan termasuk anggota polis, askar dan ahli akademik dalam dekri Presiden yang disiarkan semalam. Jurnal rasmi, Official Gazette menyatakan bahawa 18,632 orang telah dipecat termasuk 8,998 anggota dan pegawai polis dalam dekri kecemasan kerana disyaki terlibat dalam organisasi keganasan dan kumpulan yang mengancam keselamatan negara. Kira-kira 3,077 askar turut dipecat di samping 1,949 anggota tentera udara dan 1,126 orang daripada tentera laut. Seramai 1,052 kakitangan awam daripada Kementerian Kehakiman dan institusi berkaitan juga dipecat di samping 649 anggota polis separa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya