KUCHING – Seorang tukang kebun maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser di Jalan Sultan Tengah di sini malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 9.15 malam itu, mangsa, Basir Malik, 40, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Land Cruiser yang bergerak dari arah Santubong ke pusat bandar raya ini cuba untuk memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya. “Bagaimanapun, ia tiba-tiba merempuh motosikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya