BINTULU – Tujuh individu warga Indonesia termasuk seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di Jalan Abang Galau di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintendan Sahar Abd. Latif berkata, serbuan pada pukul 1.30 petang itu dilakukan sepasukan anggota pasukan polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak. Jelasnya, kesemua suspek yang ditahan tersebut berusia antara 20 hingga 32 tahun. “Hasil pemeriksaan telah menjumpai tiga keratan…










