MOSCOW – Pemain pertahanan Belgium, Thomas Meunier mengakui tugas yang dipikul untuk mengawal bintang sensasi Brazil, Neymar menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi suku akhir Piala Dunia 2018 awal pagi Sabtu sebagai misi mustahil. Jelasnya, Neymar yang merupakan rakan sepasukannya dalam kelab gergasi Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) merupakan pemain terbaik yang pernah beraksi dengannya dan memiliki bakat dan muslihat yang luar biasa yang mampu menyukarkan barisan pertahanan. “Secara jujur, saya tidak tahu bagaimana hendak mengekang dia pada aksi suku akhir nanti. Tidak keterlaluan saya katakan dia adalah pemain terbaik yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya