KUALA LUMPUR – Keputusan untuk bertanding buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nyata membawa tuah kepada Anggota Parlimen Alor Gajah, Mohd. Redzuan Md. Yusof apabila beliau dipilih sebagai Menteri Pembangunan Usahawan. Lebih mesra dikenali sebagai ‘Pak Wan’, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan di University of Leeds, United Kingdom sebelum pulang ke tanah air dan berkhidmat selama lapan tahun dengan syarikat antarabangsa daripada Amerika Syarikat berpangkalan…










