ULAANBAATAR (Mongolia) – Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyifatkan lawatan sulungnya ke luar negara sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Mongolia adalah satu pendedahan yang hebat dan berjanji untuk mengekalkan perbelanjaan berhemah ketika melaksanakan tugas rasmi di luar negara. “Alhamdulillah. Ia adalah pengalaman pembelajaran yang hebat bagi saya, pendedahan pertama saya mewakili Malaysia di luar negara,” katanya ketika menyimpulkan lawatan beliau ke Mongolia bermula 3 Julai lalu. Wan Azizah dalam perjalanan pulang selepas melakukan lawatan tiga hari di ibu negara Mongolia sempena Persidangan Menteri-Menteri Asia mengenai Pengurangan Risiko Bencana (AMCDRR). Beliau berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya