SHAH ALAM 2 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini kira-kira pukul 2.09 petang untuk melawat jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat di Pusat Perubatan Subang Jaya. Turut kelihatan hadir memberi penghormatan terakhir, Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari. Jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid…










