TNB terus komited bantu golongan kurang berkemampuan miliki kediaman selesa - Utusan Malaysia

TNB terus komited bantu golongan kurang berkemampuan miliki kediaman selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus komited menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya iaitu projek Baiti Jannati dan Rumahku Syurgaku bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan di negara ini memiliki kediaman yang selesa.

Pengurus Besar Kanan TNB (Jabatan Pembangunan Grid), Datuk Husaini Husin berkata, projek Baiti Jannati menyasarkan umat Islam daripada golongan asnaf sementara Rumahku Syurgaku bagi bukan Islam.

“Saya difahamkan, dua kediaman bagi projek Baiti Jannati sementara dua lagi rumah bagi Rumahku Syurgaku akan dibina di 14 buah negeri di seluruh negara setiap tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kos pembinaan bagi setiap unit kediaman dianggarkan RM30,000,” katanya pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB Peringkat Negeri Perlis di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat hadir ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN