KANGAR 4 Julai – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus komited dalam melaksanakan program Baiti Jannati dan rumahku syurgaku bagi membantu memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada masyarakat. Pengurus Besar Kanan (Pembangunan Grid) TNB, Datuk Husaini Husin berkata, program tersebut adalah salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya yang dilaksanakan pada setiap tahun. Katanya, projek Baiti Jannati menyasarkan umat Islam daripada golongan asnaf sementara rumahku syurgaku pula bagi bukan Islam.…










