Tingkatkan bantuan buku, pendidikan untuk asnaf - Utusan Malaysia

Tingkatkan bantuan buku, pendidikan untuk asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Pihak berkuasa agama Islam di seluruh negara digesa meningkatkan pemberian bantuan berupa buku ilmiah kepada asnaf dan golongan kurang berkemampuan bagi meningkatkan pendidikan mereka.

MASZLEE MALIK
MASZLEE MALIK

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, bantuan tersebut secara tidak langsung dapat membantu golongan berkenaan keluar daripada kepompong kemiskinan dan menaikkan taraf hidup.

Selain itu katanya, pihak terbabit perlu menyediakan bantuan biasiswa pendidikan lebih banyak pada masa akan datang sebagai salah satu langkah mengurangkan kemiskinan.

“Apabila saya berkunjung melawat kawasan di Simpang Renggam, Johor, saya dapati tiada buku berkaitan sains, teknologi atau bidang lain. Jika ada pun hanyalah buku komik atau buku teks bantuan kerajaan.

“Oleh itu, cara ini mungkin satu lagi cara terbaik bantu mereka selain daripada kelaziman yang dilakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN