Tindakan meratifikasi konvensyen antarabangsa cabar kedudukan Islam - Utusan Malaysia

Tindakan meratifikasi konvensyen antarabangsa cabar kedudukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Pas kesal dengan kenyataan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah yang mahu meratifikasi beberapa lagi konvensyen hak asasi manusia antarabangsa yang sesetengahnya dilihat boleh mencabar kedudukan Islam di negara ini.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, antara konvensyen yang masih belum diratifikasi oleh Malaysia tersebut antarabangsa Konvensyen Antarabangsa Menentang Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Konvensyen Antarabangsa Perjanjian Antarabangsa Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPR).

Menurut beliau, tuntutan-tuntutan yang dikemukakan dalam syor ICCPR adalah selari dengan tuntutan kontroversi pihak Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang jelas boleh menghakis kedudukan Islam, di samping mengiktiraf kewujudan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) termasuk menzahirkan kewujudan syiah di negara ini.

“Hal ini akan membangkitkan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Pas amat kecewa dengan kenyataan pertama Menteri Luar dan ia juga adalah salah satu daripada Manifesto Pakatan Harapan. Amat malang rakyat hari ini, apabila isu-isu ekonomi tidak diselesaikan oleh kerajaan sebaliknya sibuk membangkitkan pelbagai isu yang mencabar status quo Islam dan Melayu di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau semalam.

Isnin lalu, Saifuddin yang baru dilantik sebagai Menteri Luar dilaporkan berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ingin menandatangani enam lagi konvensyen hak asasi manusia yang belum ditandatangani Malaysia dan ICERD serta ICCPR merupakan satu daripada konvensyen terlibat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN