SINGAPURA 23 Julai – Tiga lelaki warga Sri Lanka disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lapan bulan pada 20 Julai kerana memiliki visa Malaysia palsu dalam pasport masing-masing. Siasatan mendapati Roopan Diasrepinsan, 20; Nalliah Selvamany Rohan, 26; dan Kanthanadan Jasitharan, 23; yang ingin mencari pekerjaan di luar Sri Lanka, mendapatkan bantuan ejen di negara mereka untuk mengaturnya. Menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dalam kenyataan dikeluarkan, Rohan dan…










