Tiga penumpang maut tercampak keluar kereta - Utusan Malaysia

Tiga penumpang maut tercampak keluar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR – Tiga sekeluarga tercampak keluar dari tempat duduk belakang selepas kereta yang mereka naiki terbabas akibat tayar belakang pecah sebelum dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 307, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Dalam kemalangan pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Cheah Chui Yoong, 60, bersama adik lelakinya, Cheah Yook Ching, 57, dan isterinya, Yew Kim Nyuk, 53, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, ketika kejadian, kereta Toyota Vios yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dipandu oleh anak saudara mereka berusia 24 tahun dan mereka dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.

Menurutnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, tayar kiri di bahagian belakang kereta tersebut tiba-tiba pecah sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya.

“Insiden itu menyebabkan kereta itu berpusing beberapa kali dan memasuki lorong kanan lebuh raya.

“Sebuah bas ekspres yang membawa 16 penumpang yang datang dari arah belakang kereta itu gagal mengelak kemalangan tersebut dan merempuh kereta mang­sa,” katanya semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN