KOTA KINABALU 30 Julai – Wanita UMNO Sabah membuat laporan polis ke atas Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran berhubung ucapan beliau yang mendakwa orang Melayu adalah pendatang di negara ini. Laporan itu dibuat oleh Ketuanya, Datuk Jainab Ahmad Ayid di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada pukul 12 tengah hari ini bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat pemimpin DAP itu yang didakwa telah menghina masyarakat Melayu dan bumiputera.…










