MELAKA 27 Julai – Masyarakat tidak seharusnya memberikan pelbagai alasan untuk tidak melawat ke mana-mana muzium dalam negara kerana muzium berkonsepkan mendidik serta menyebarkan pengetahuan. Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Kamarul Baharin A. Kasim yang menyuarakan pendapatnya itu mempersoalkan sikap masyarakat yang mampu berbelanja untuk hiburan, namun tidak berkunjung ke muzium yang secara langsung melibatkan pendidikan. “Malahan kita di peringkat Persekutuan hanya beberapa buah muzium sahaja yang mengenakan…










