Tiada akaun parti dan pemimpin UMNO dibekukan di Perlis - Utusan Malaysia

Tiada akaun parti dan pemimpin UMNO dibekukan di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, Mohd. Shukor Mahmud mengesahkan tiada akaun bank dan pemimpin UMNO dibekukan di negeri itu setakat ini.

Mohd. Shukor berkata, sehingga hari ini, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada ibu pejabat SPRM untuk mengambil tindakan berhubung isu kritikal itu.

“SPRM Perlis tidak mengambil sebarang tindakan pembekuan akaun bank parti dan pemimpin di negeri ini.

“Namun, kebiasaannya, SPRM negeri akan jika terdapat sebarang kes yang diminta pihak ibu pejabat SPRM,” katanya pada Program Merakyatkan SPRM bertemakan Jalinan Kasih Mantapkan Ukhwah Masyarakat Perlis di sini hari ini.

Kosmo! melaporkan hari ini, Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membekukan sebanyak 408 akaun bank melibatkan dana RM1.1 bilion daripada akaun-akaun milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 26 dan 29 Jun lepas.

Pasukan itu dalam satu kenyataan berkata, akaun yang dibekukan juga membabitkan 81 individu serta 55 buah syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN