KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata masih terlalu awal untuk pihak tertentu menilai kemampuannya sebagai anggota kanan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan. Presiden Amanah itu juga berkata, buat masa sekarang beliau mahu memberi perhatian penuh terhadap tugasnya di kementerian dan tidak mahu melayan sebarang komen pihak luar. “Baru dua bulan… waktu saya banyak habis di situ (kementerian), tumpuan saya sekarang terhadap Kementerian Pertahanan, soal menilai kita tunggu dan lihat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya